Friday, January 13, 2012

#UiTM Segamat


5 tahun telah aku mendambakan diri di UiTM Segamat.. banyak ilmu yang telah ku pelajari di sini sama ada di dalam kelas mahu pun di luar kelas.. setiap ilmu yang ku terima tiada apa dapat dibandingkan..

tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi aku berada di sini sebelum aku meninggal kan CAMPUS ku yang tercinta ini .. lepas ini aku dah practikal, maka tiada lagi istilah "KE KELAS mahupun PONTENG KELAS" dalam kamus hidup aku..

tipu lah aku xsedih nak tinggal kan semua ni.. setiap sudut di sini menyimpan seribu satu kenangan sama ada suka mahu pun duka.. pelbagai kerenah manusia dapat ku lihat, yang kaya, yang miskin, yang pandai mahupun yang malas.. semua nya dapat ku lihat di sini..

terlalu banyak kenangan yang terlalu bernilai di sini, daripada aku DIPLOMA hinggalah aku DEGREE aku di sini.. aku ada terlalu ramai kawan, sahabat, keluarga di UiTM SEGAMAT ni.. mereka semua lah yang menjadi tulang belakang aku untuk meneruskan kehidupan di sini..

TERIMA KASIH yang tak terhingga banyak nya kepada pensyarah2 yang tidak pernah jemu mencurah kan ilmu kepada aku, rakan2 aku yang sentiasa ada di sisi aku ketika aku susah mahu pun senang.. jasa dan pengorbanan mereka tidak akan kulupai sehingga akhir hayat aku..


TERIMA KASIH UiTM SEGAMAT ..

No comments:

Post a Comment